Umum

Wilayah Utara Malaysia mendahului jualan di Live strim Shopee

“Shopee Spotlights Local” mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual penstriman live di Shopee yang teratas dari setiap negeri di seluruh negara adalah RM4.6 Juta dalam tempoh 12 bulan menerusi lebih daripada 2,300 strim.

Separuh daripada jumlah penjual livenyang paling aktif menjual barangan fesyen baru dan terpakai (preloved).

Sehubungan itu, 1/4 jumlah jualan lain terdiri daripada barang kemas, wangian dan barang kecantikan.

Menariknya, 4 penjual live strim teratas adalah penjual barang kemas dari Pulau Pinang, yang menyumbang kepada Wilayah Utara Malaysia merekodkan jumlah jualan tertinggi iaitu RM1.5 Juta diikuti oleh Wilayah Tengah Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak RM1.2 Juta.

Pantai Timur Malaysia merupakan wilayah paling aktif dengan 30% daripada semua penstriman datang daripada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Shopee dalam kenyataan berkata “semua negeri mempunyai strim live menjual barangan “bundle” dan terpakai kecuali Negeri Johor.

“Terdapat penjual live Shopee yang memanfaatkan capaian dan keterlibatan pengguna yang tinggi platform live Shopee telah menunjukkan pertumbuhan yang mengagumkan.” katanya lagi.

Salah satu contoh yang disebut dalam kenyataan adalah seorang penjual live stream bernama Lulu Waniey yang dahulunya hanya mampu meraih jualan sebanyak RM100 daripada perniagaannya dia pasar pagi dan pasar malam tetapi sekarang dengan hanya menggunakan platform Shopee live, Lulu berjaya melonjakkan jumlah jualan sehingga RM100,000 sebulan.

 

PALING POPULAR

To Top