Umum

Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melalui catatan di akaun media sosial Facebook miliknya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi tadi.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berusia 82 tahun.

Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras.

Sumber Facebook TanSriDatoSeriZukiAli

Turut menyampaikan ucapan takziah, Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja IKIM.

Menurut catatan Unit Perhubungan Korporat IKIM, Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.

Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.

Sumber Facebook institutkefahamanislammalaysia

PALING POPULAR

To Top