Umum

Tun Mahathir adakan sidang media khas Isnin depan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin depan bagi mengulas isu-isu semasa serta dakwaan mengenai ugutan terhadap anaknya, Mirzan.

Bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan ketika ditanya pihak media.

“Tunggu Isnin nanti,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Minda Negarawan: Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan, Dr Mahathir menerusi hantaran di laman Facebook menempelak kerajaan yang dikatakan bertindak zalim terhadap musuh politik susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat anaknya itu berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Mirzan diperintahkan untuk isytihar aset alih dan tidak alih sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh diberikan notis.

Perintah tersebut merupakan tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top