KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi.

Perkhabaran itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran sebentar tadi.

“Ya ayah sudah meninggal dunia. Kami dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Sementara itu, menurut cucunya Ahmad Marzuki Nasir, Sakaran meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi.

Terdahulu, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti COVID-19.

Sakaran, berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.

Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.