Umum

Tunggu diundang ke Istana bila-bila masa sahaja – Hadi

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kepada media bahawa gabungan Perikatan Nasional (PN) mempunyai sokongan yang lebih dari cukup untuk membentuk kerajaan Pusat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami dah dapat lebih dari cukup, cukup jumlah dan lebih. Sudah hantar ke Istana Negara,” ujarnya.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, pihaknya hanya menunggu untuk dijemput atau diundang ke Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengeluarkan kenyataan pihaknya sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hamzah juga berkata, jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top