Umum

MCA tidak terlibat dalam rundingan bersama PH

Pengerusi MCA, Wee Ka Siong menegaskan tiada rundingan yang di buat bersama Pakatan Harapan (PH) dalam perjumpaannya pagi tadi di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Perkara itu, telah disampaikan oleh beliau di Facebooknya sebentar tadi.

Pagi tadi saya menghadiri perjumpaan Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN pada jam 10 pagi di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Saya menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja BN pada jam 11.23 malam semalam mengenai perjumpaan hari ini HANYA melibatkan Ahli-Ahli Parlimen BN. Satu sidang media telah diadakan selepas perjumpaan yang HANYA melibatkan Ahli Parlimen BN dan puluhan wartawan telah membuat liputan.

Saya terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini. Saya tidak tahu samada ianya telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan.

Perlu ditegaskan TIADA sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

Apa yang pasti, saya HANYA menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja.

Selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, saya TIDAK terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan samada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.

Apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN.

PALING POPULAR

To Top