Umum

Tuntutan palsu RM10,000, SPRM 2 individu termasuk seorang penjawat awam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan 2 individu termasuk seorang penjawat awam disyaki terlibat dalam kes berkaitan tuntutan palsu pada Disember 2018.

Menurut laporan media, sumber berkata, seorang wanita berusia 40an, yang merupakan pemilik syarikat, dan penjawat awam lelaki berusia 50an itu ditahan kira-kira 10 pagi di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Sumber itu turut memaklumkan, kedua-duanya disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir mantan palsu bagi tujuan pembelian peralatan persekolahan bernilai kira-kira RM10,000 sedangkan pembelian berkenaan tidak dilaksanakan.

Dikatakan, wanita itu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melalui invois dan diperakui penerimaan oleh penjawat awam itu di sekolah berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan.

 

PALING POPULAR

To Top