Umum

Keldai dadah warga Peru bawa 95 kapsul dadah dalam perutnya ditahan di KLIA

Gambar Facebook

Polis menahan seorang lelaki warga Peru, selain merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD KLIA bertindak atas maklumat polis antarabangsa (Interpol) seterusnya menahan lelaki berusia 20 tahun yang juga ‘keldai dadah’ itu.

Lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan di Balai Ketibaan Antarabangsa kira-kira 8.30 pagi sejurus tiba melalui penerbangan dari Peru dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu ke KLIA.

“Pemeriksaan dan imbasan sinar-X oleh pegawai perubatan mengesan imej mencurigakan di dalam perut lelaki itu dan dia kemudian ditahan di sebuah hospital berdekatan dengan pemantauan polis.

“Hasil pemantauan selama tiga hari, lelaki terbabit mengeluarkan 95 ketulan kapsul berwarna putih kekuningan dipercayai berisi dadah jenis kokain dianggar seberat 1,152 gram,” katanya pada sidang media.

Hussein berkata lelaki itu mendakwa menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum menerima arahan seterusnya daripada kartel dadah untuk membawa bekalan berkenaan ke destinasi seterusnya.

Beliau berkata dadah dianggar bernilai RM230,400 itu dipercayai untuk pasaran antarabangsa dan lelaki berkenaan kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB).

PALING POPULAR

To Top