Umum

Waheeda kembali aktif dalam industri muzik

Gambar IG scarlett_requiem

Penyanyi yang pernah menambat hati rakyat Malaysia dengan lagu-lagu pop-etnik fusion seperti Wassini, Binafsha dan Dua Dalam Bahtera, Waheeda, kini kembali ke arena muzik tempatan selepas lebih 15 tahun berehat.

Penyanyi yang pernah menjadi pemenang tempat ketiga Voice of Asia ini, mengambil keputusan untuk berehat seketika dari kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy.

Waheeda kini berhasrat untuk kembali sebagaj komposer, pemuzik dan pencerita melalui lagu yang dihasilkan.

Dengan lebih 10 tahun menghilangkan diri, Waheeda telah membuat kejutan dengan pengumuman untuk kembali aktif dalam industri muzik.

Menurut laporan di Awani, Waheeda berkata “untuk kehadiran semula ini, saya membawa matlamat untuk menjadikan karya-karya muzik yang saya hasilkan sebagai medium utama untuk menyebarkan ilmu,”

Tambahnya “saya juga ingin berkongsi ruang yang ada dengan bakat-bakat seni tanah air, yang mana sudah lama mencuba nasib untuk menembusi pasaran semasa, saya buka ruang untuk mereka berkongsi karya seni,”

“Saya menyimpan impian untuk melihat hasil kerja seni saya dan anak-anak Malaysia yang lain berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga terbuka untuk berkerjasama dengan pengkarya seni dari luar negara dalam mengembangkan lagi pengaruh muzik saya,” katanya.

Dikatakan juga, sepanjang tempoh berehat, Waheeda telah mengasah bakatnya dalam bermain pelbagai alat muzik, seperti biola dan juga memantapkan kemahiran beliau bermain piano.

Semua katalog muzik Waheeda yang menampilkan dua album utama iaitu Binafsha dan album Etnik Terbaik AIM 2008; Melodi Ahlan kini boleh didapati di semua platform penstriman utama di seluruh dunia termasuk Spotify, Apple Music, Youtube, Youtube Music, Amazon Music, Tidal, Deezer, dan Joox.

Waheeda yang kini diurus sepenuhnya oleh Skyson PR, sedang berbincang untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi yang berada di carta terunggul.

Peminat Waheeda dijangkakan dapat mendengar single baru daripadanya pada awal tahun 2024.

 

 

Sumber Awani / Gempak

PALING POPULAR

To Top