Umum

Wajar ke Najib diberi peranan dalam Kerajaan?

Baru-baru ini Veteran Umno telah menyarankan agar agar bekas perdana menteri Najib Razak turut diberi peranan dalam kerajaan, seperti Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Hasrat itu telah disuarakan oleh Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata atas semangat Keluarga Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pengalaman yang ada, Najib wajar diberi peranan.

“Keupayaan Najib juga terbukti khususnya dari segi dasar dan ekonomi sepanjang sembilan tahun mengemudi negara, pelbagai program bantuan kepada rakyat diperkenalkan.

Bertanya kepada penganalisis politik Malaysia Encik Daud, beliau mengatakan “Wajar Najib diberikan beliau kerana pengalaman beliau ketika menjadi Perdana Menteri”. 

“Namun, tidak wajar bagi memberikan jawatan menteri kepada mereka yang sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah dan jatuh hukum. 

Tambahannya lagi, “banyak lagi ahli Umno yang boleh memegang jawatan ini. Kerajaan boleh pilih dari 69 Ahli Jawatankuasa mereka yang kesemua layak dan mempunyai ilmu pengetahuan bagaimana untuk mengendalikan Malaysia”.

“Kenapa mesti memilih Najib Razak?” 

Ujarnya lagi, “Sekarang sahaja beliau menghadapi 47 pertuduhan, 7 pertuduhan sedang berjalan, 2 sudah selesai dan sedang dalam proses rayuan. 

Pada 28 Julai 2020, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

Bagaimana pula dengan anda, adakah Najib patut diberikan peranan dalam Kerajaan ataupun tidak? 

PALING POPULAR

To Top