Umum

Muhyiddin Layak Menerajui MPN

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu. Pelantikan ini juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah.

Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Majlis Pemulihan Negara ini adalah bertujuan untuk membawa atau memulihkan negara akibat pandemik Covid-19 daripada aspek ekonomi agar rakyat Malaysia dapat menjalankan kehidupan secara normal.

Sehubungan itu, pihak kami terpanggil untuk menemu bual penganalisis isu semasa iaitu Yaakob Osman  untuk membincangkan lebih terperinci mengenai MPN ini.

Menurut beliau, Majlis Pemulihan Negara bukanlah satu lantikan baru seperti yang digembar-gemburkan. MPN sudah lama wujud ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan wajar sekiranya beliau menjadi pengerusi agar beliau dapat meneruskan tugas-tugasnya terdahulu yang telah beliau mulakan.

Tambahan beliau, “Kerajaan terdahulu tidak gagal, mereka membuktikan kejayaan mereka dengan proses vaksinasi yang berjalan lancar malah melebihi sasaran awal”.

“Pemberian bantuan kepada rakyat yang disalurkan melalui pelbagai program, walaupun baru-baru ini Bantuan Khas Covid (BKC) agak sedikit lambat, itupun disebabkan pergolakan politik dan pertukaran Perdana Menteri serta barisan menteri kabinet namun ini semua adalah hasil buah fikiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah MPN”.

“Maka memang tepat sekali Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara” – katanya.

Beliau juga berkata, apa yang dapat kita lihat adalah betapa Tan Sri Muhyiddin Yassin ini menjaga keakraban beliau dengan rakyat sehingga rakyat memanggil beliau Abah.

Selain itu, Yaakob berharap apa yang Tan Sri Muhyiddin lakukan demi Malaysia ini dimanfaatkan sebaiknya seperti proses vaksinasi. Kejayaan vaksinasi di Malaysia yang telah mencapai di peringkat penghujung dan tidak lama lagi Malaysia akan bertukar dari fasa pandemik ke endemik.

Fasa endemik ini adalah fasa di mana rakyat Malaysia sudah mencapai imuniti kelompok sebanyak 80% rakyat Malaysia sudah di vaksin.

Pesan beliau kepada pembangkang atau pihak yang membangkang keputusan ini untuk tidak mempolitikkan semua isu dan semua pihak harus fokus ke arah membina semula negara pasca pandemik Covid-19.

 

PALING POPULAR

To Top