Umum

Wan Junaidi dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke 8

Bekas Speaker Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan, berkuat kuasa hari ini.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top