Umum

Wan Saiful bakal didakwa kes penggubahan wang haram

Gambar Facebook

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan bahawa beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari Rabu, bagi menghadapi kes baharu membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memuat naik kenyataan di laman Facebook miliknya bahawa pihaknya telah menerima arahan supaya hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi.

Dikatakan kes berkaitan AMLA, bagaimanapun butiran mengenai pertuduhan baharu itu masih belum diketahui.

“Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan yakin mahkamah tempat terbaik untuk mendapatkan keadilan,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Wan Saiful turut mengucapkan terima kasih kepada para pegawai SPRM yang telah menyoalsiasatnya dengan hemah.

PALING POPULAR

To Top