Umum

Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 disamun

Wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, di sini, disyaki disamun penjenayah pada Isnin.

Wang dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada jam 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa.

Sejurus mengeluarkan wang berkenaan, dia menuju ke arah kenderaannya yang terletak kira-kira 30 meter dari bank.

Namun sebaik tiba semula di kenderaannya, didapati cermin penumpang telah pecah dan wang telah hilang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top