Umum

Acara Halloween paling menakutkan kembali ke Sunway Lagoon dengan Nights of Fright 9

Sunway Lagoon mengumumkan penganjuran “Nights Of Fright” kali ke 9 (NOF9) dengan usahasama “The Sudden Impact Entertainment Company” dari New York yang akan berlangsung dari 29 September hingga 31 Oktober 2023 pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari Jam 7.30pm hingga 11.30pm.

Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman “Halloween” yang lagi menarik dengan tema terbarunya “Fields of Fear”.

Dimulakan pada tahun 2013, Nights of Fright : Festival of Fear telah berjaya menjadi destinasi tumpuan bagi penggemar tema seram untuk dikunjungi pada setiap musim Halloween. Dengan adanya tarikan paling menakutkan di Asia, NOF9 mengadakan tema dan konsep berlainan pada malam terpilih sepanjang musim October Halloween.

Tahun ini, NOF9 merancang untuk mengadakan pengalaman Halloween yang paling mendalam dengan membawa semua pengunjung ke dalam sebuah dunia seram yang menakutkan.

Penganjuran tahun ini akan mengadakan 8 jenis rumah hantu yang berlainan tema, 11 Thrill rides, 2 scare zone, 2 pentas pertunjukkan dan pentas Scarytales Theatre yang lebih besar. 4 tarikan yang diperkenalkan kali ini adalah:

 

TEXAS CHAINSAW MASSACRE – OUT.BACK. ATTACK!

Pengujung akan memasuki rumah Leatherface dari filem seram klasik tersebut yang dipenuhi dengan tengkorak dan mayat. Bukan tarikan untuk yang lemah hati.

 

ANIMALIUM

Tanah tandus yang bertoksik dimana manusia bertukar menjadi “humanimals”.

 

THE LEGEND OF SWEENEY TODD: BARBERSHOP KILLER OF FLEET STREET

Masuki dunia kedai gunting rambut Sweeney Todd dan saksikan pembuatan pai daging Mrs. Lovett. Pastinya cerita bagaimana ia dibuat menggerunkan.

 

MURDER AT MADAME ZHU’S

Saksikan kehuru-haraan di Madame Zhu’s Noodle House di Hong Kong dimana terdapat seorang chef yang sudah hilang arah membunuh semua pelanggannya secara mengerikan.

Penolong Pengurus Besar (marketing & park experiences) Sunway Theme Parks, Ms Michelle Soong berkata “kali ini kita (pihak sunway theme park) telah memasukkan element seram dari cerita dan budaya tempatan dan Asia yang akan menakutkan pengunjung yang paling berani.”

Tarikan yang digemari ramai seperti HAMMER-ICONS OF HORROR dan THE ASYLUM akan diteruskan pada NOF9.

Tarikan Lost City Of Gold Scream Coaster, Apache Pots dan beberapa tarikan menakutkan juga akan diadakan semasa horrorfest.

Setiap malam akan diakhiri degan persembahan dari THE REVENGE OF LITTLE RED, ZOMBIE ENCOUNTER dan pesta finale FREAKY NIGHTMARES.

Sunway lagoon menjemput semua thrill-seekers untuk kunjungi Nights of Fright: Festival Of Fear.

 

 

PALING POPULAR

To Top