Umum

World Breaking Classic! Malaysia memartabatkan bakat anak tempatan ke pentas antarabangsa

‘World Breaking Classic! Malaysia’ yang diadakan buat pertama kali di Malaysia bertempat di Pusat Membeli Belah Imago, Kota Kinabalu, Sabah membuka ruang dan peluang kepada penari ‘breakdance’ tempatan mempertengahkan bakat-bakat mereka ke tahap antarabangsa.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 Mei ini bertujuan memartabatkan kesenian dan kebudayaan dalam komuniti ‘breakdance’ di Malaysia.

Selain itu, pertandingan ini juga di sertai oleh beberapa peserta daripada negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Vietnam dan Taiwan .

Lebih menarik pertandingan ini akan membawa anak tempatan Malaysia, Mohd Faridh Yassin yang dikenali sebagai Khenobu untuk menyertai pertandingan di Taiwan pada 14 Mei untuk South East Asia Final. 

Khenobu merupakan antara B-boy yang cukup terkenal dan pernah merai pelbagai kejayaan ketika bertanding di dalam juga luar negara.

Khenobu dan rakan seperjuangannya dalam ‘Giler Battle Crew’, Dekdi dari Indonesia berjaya menepis puluhan peserta yang bertanding dalam kategori ‘2 vs 2 breaking’, sekaligus membawa gelaran juara dan wang tunai RM2000.

Menurut penganjur WBC! Malaysia, Firdaus Sora pertandingan ini bukan hanya untuk mencari wakil Malaysia ke kejohanan terbuka di Taiwan, tetapi pada masa yang sama mencari bakat baru dalam tarian ‘breakdance’ di Malaysia.

“Kami percaya ramai anak muda di luar sana yang meminati komuniti ini, namun mereka tidak tahu kemana hala tuju untuk mempertonjolkan bakat mereka agar diketahui oleh umum,

“Jadi, kami di Jom Battle bawakan pertandingan bertaraf antarabangsa ini bagi membuka mata semua rakyat Malaysia bahawa komuniti ‘breakdance’ ini sudah berkembang dengan pesat dan mendapat pengiktirafan sebagai sukan di negara-negara luar”, ujarnya.

Lantaran itu, WBC! Malaysia turut membuka beberapa kategori lain antaranya ‘2 vs 2 Openstyle’ dan ‘1 vs 1 Openstyle wanita’.

‘Breakdance’ merupakan satu bentuk tarian bertenaga yang dipopulerkan oleh warga Afrika Amerika dan Latin yang merangkumi gerakan olahraga kaki, badan dan pusingan kepala.

PALING POPULAR

To Top