Umum

YASENM manfaatkan platform tanpa tunai untuk agihan bantuan

Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) hari ini berpeluang untuk membeli-belah barangan runcit di Pasaraya Giant,Seksyen 13, Shah Alam dengan hanya menggunakan MyKad mereka sebagai proses pembayaran barangan runcit tersebut.

Program ini telah di ilhamkan secara khusus oleh YASENM yang merupakan hasil kerjasama YASENM dan Yayasan MyKasih dengan tujuan sentiasa cakna dan peka terhadap isu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan tatkala berhadapan dengan situasi ekonomi yang getir sepanjang menghadapi gelombang wabak pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi YASENM, YB Dr. Afif Bahardin, “YASENM ditubuhkan berdasarkan keprihatinan kami terhadap rakyat Malaysia. Program komuniti dan kebajikan YASENM ini bertujuan untuk membantu masyarakat yang susah dan terkesan dari segi ekonomi, seperti isi rumah serta berpendapatan rendah yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19”.

Seperti kita sedia maklum bahawa mereka yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 memerlukan sedikit masa terutama golongan B40 bagi menstabilkan kehidupan serta kewangan mereka semula. Malah rata-rata permohonan bantuan lebih fokus kepada golongan yang mempunyai anak dimana masih bersekolah dengan harapan dapat meringankan perbelanjaan besar yang harus mereka tanggung sebagai persiapan sekolah.

“Kami berterima kasih kepada Yayasan MyKasih kerana menggerakkan dana penderma dengan sewajarnya untuk menyokong 150 buah keluarga penerima bantuan sumbangan YASENM di Negeri Selangor dan Negeri Pulau Pinang dengan melalui program bantuan makanan tanpa tunai ‘Love My Neighbourhood’.

Keberkesanan program bantuan makanan MyKasih ini disebabkan oleh struktur pengurusan penyaluran dana bukan secara tunai. Program bantuan makanan MyKasih ini beroperasi dengan menggunakan teknologi cip yang terdapat pada MyKad dimana membolehkan dana amal disalurkan secara selamat, disasarkan dan telus,serta terus kepada penerima yang sah melalui akaun MyKad mereka.

Tambahan beliau, program ini akan mendapat jangkauan pantas kerana rangkaian luas rakan runcit Yayasan MyKasih bekerjasama seperti Mydin, Giant, The Store, Lotus Stores, AEON, Econsave, TF Value Mart, 99 Speedmart, dan peruncit lain yang tersebar di lebih 600 cawangan di seluruh negara.

Pada masa sekarang sahaja, seramai 150 buah keluarga telah terpilih bagi menerima elaun bulanan sebanyak RM80 selama enam bulan melalui MyKad bagi proses pembelian barang makanan penting di kedai runcit yang ditentukan.

Untuk mengelakkan penyalahgunaan dana penderma, program ini mempunyai proses pengimbasan kod bar, yang memastikan hanya barang yang diluluskan dapat dibeli.

Untuk maklumat lebih lanjut, YASENM boleh dihubungi di talian +6013 6600 008 atau [email protected].

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top