Politik

Zahid Hamidi gagal menyiapkan enam kapal peronda TLDM ketika menjadi Menteri Pertahanan

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini, memanggil Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan keterangan mengenai kegagalan penyiapan enam kapal peronda kedua, Littoral Combatant Ship (LCS).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO adalah saksi keenam dipanggil jawatankuasa berkenaan.

Kapal peronda ini merupakan projek yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM9 bilion sekaligus menjadi perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah kementerian itu.

Namun, sehingga kini tiada sebuah kapal LCS yang diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusi PAC merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur daripada DAP, Wong Kah Woh berkata, “PAC memandang serius perkara ini memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, namun, tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini.

“Kegagalan penyiapan LCS ini amat serius kerana ia bukan sahaja membabitkan kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan tetapi juga memberikan kesan terhadap keselamatan dan keselamatan negara.

“Isu ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan dan juga dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, PAC sudah memanggil saksi melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz pada 19 November 2020; Pengerusi JKSTUPKK, Tan Sri Ambrin Buang; Pasukan Projek LCS (PPLCS) TLDM pada 16 Disember 2020; bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada 29 Julai lalu dan Ketua Pegawai Operasi syarikat pembina kapal LCS, Bousted Naval Shipyard (BNS), Low Kok Chiang.

Ahmad Zahid merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013.

PALING POPULAR

To Top