Buletin

Zizie Izette terima wang tunai RM2.2 juta dari ejen pelaburan

Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad menerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank tersebut.

Menurut ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid,

“kebiasaannya wang pengenalan (introduction fee) akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan”.

“Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara (antara ejen dengan individu). Kami putuskan untuk beri (wang pengenalan) kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung,” katanya.

Madhi yang merupakan saksi utama dalam kes itu, menceritakan mengenai penyerahan wang pengenalan tersebut kepada Zizie Izette.

“Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank (Public Bank), namun Puan Norhaili berada di bank hanya sekejap sahaja kerana dia ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya tinggal saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga transaksi selesai.

“Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie,” katanya.

Saksi itu berkata bagi membuka akaun pelaburan atas nama Zizie Izette, beliau dan Norhaili perlu menyerahkan baki wang pengenalan itu dalam bentuk cek atas nama Public Mutual.

“Sebanyak dua cek diberi kepada Datin Seri Zizie iaitu satu cek daripada saya berjumlah lebih RM200,000 dan satu lagi cek daripada Puan Norhaili yang jumlah untuk membuka akaun itu lebih kurang RM600,000 hingga RM700,000,” katanya.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

PALING POPULAR

To Top