Umum

14 sungai di Johor kategori air sungai paling tercemar

Gambar FB Onn Hafiz

Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan air sungai paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

Beliau turut meluahkan kekecewaan selepas meninjau beberapa sungai hari ini kerana dipenuhi longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk akibat pencemaran bahan kimia.

Susulan itu, beliau mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan segera menubuhkan pasukan petugas dan mewujudkan rangka kerja dalam menangani isu sungai tercemar di Johor ini pada kadar yang segera.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Johor bersama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat.

Saya yakin dengan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, sungai-sungai di Johor pasti dapat dibersihkan, sekali gus merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang 2030,” katanya.

PALING POPULAR

To Top