Umum

47 warga asing ditahan Ops Noda di Kuantan

Gambar Facebook Polis Kuantan

47 warga asing telah ditahan Polis menerusi serbuan Op Pusat Hiburan dan Ops Noda di 2 premis hiburan di Jalan Gambut.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu menyatakan 16 individu yang ditahan adalah warga tempatan termasuk 4 wanita dengan kesemua suspek berumur antara 21 hingga 49 tahun.

Mengulas lanjut, beliau menerangkan wanita warga asing yang ditahan berasal dari China, Thailand dan Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Premis dipercayai menawarkan perkhidmatan secara pakej berdasarkan kain selempang yang dirampas di lokasi tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Wan Mohd Zahari berkata serbuan bermula sekitar jam 11 malam hari Jumaat dan tamat sekitar jam 5 pagi Sabtu.

Semasa serbuan dilakukan, polis turut merampas wang tunai RM8,740, peralatan audio sistem dan enam helai kain selempang yang tertera nombor 1,000, 520 dan 300.

Wan Mohd Zahari berkata saringan awal mendapati 6 lelaki tempatan, 3 wanita tempatan dan 1 wanita warga asing positif dadah ketamin manakala seorang suspek lelaki warga tempatan berada dalam senarai dikehendaki polis Perak bagi kesalahan tipu.

Beliau berkata premis tersebut dipercayai aktif beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pada 2022 pernah dikenakan tindakan kerana beroperasi melebihi masa.

Kesemua kes disiasat dibawah seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen, seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen, seksyen 55B Akta Imigresen, Per. 39B peraturan Imigresen dan seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

PALING POPULAR

To Top