Umum

15 pertubuhan pelajar sokong minggu solidariti

Gambar PKPIM

15 pertubuhan pelajar menyambut baik dan menyokong pelaksanaan minggu solidariti palestin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan bersama, mereka berkata penganjuran ini bertepatan dengan usaha penerapan elemen Pendidikan Kewarganegaraan Global yang menekan soal memberi peluang kepada pelajar daripada setiap lapisan usia untuk berperanan secara aktif dalam membangunkan masyarakat yang lebih aman, toleran dan inklusif.

Kumpulan itu turut berharap para pelajar dan para guru dapat didedahkan dengan nilai keprihatinan isu semasa selain membugar nilai ihsan dan kebertangggunjawaban sosial kepada warga global.

Menurutnya lagi, penganjuran Minggu Solidariti Palestin wajar disokong dan pelbagai kegiatan yang mempromosikan mesej keamanan sejagat dan kemanusiaan wajar diteruskan.

Ujarnya, penyampaian maklumat dan proses pelaksanaan program-program seumpama ini boleh ditambah baik bagi memastikan tidak timbul sebarang polemik yang merugikan dalam kalangan masyarakat awam.

Kenyatan tersebut telah dikeluarkan secara bersama oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS), Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM), Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP).

Turut bersama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING), Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dan Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) serta PKPIM Sabah, Kedah Terengganu, Perlis dan Kelantan

 

PALING POPULAR

To Top