Umum

Jumlah kes jenayah seksual meningkat, kes rogol peratusan paling tinggi

Gambar Hiasan

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bilangan kes jenayah seksual meningkat 2.9% dengan 3,303 kes pada 2022 berbanding 3,209 kes pada 2021, dengan kes rogol mencatat peratusan tertinggi iaitu 9.6%.

Manakala kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 10.4%, 5.7%, dan 0.5%.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan mengenai Statistik Jenayah Malaysia 2023 turut meyatakan jenayah indeks dan jenayah komersial masing-masing menurun sebanyak 4.1% dan 3% kepada 50,813 kes dan 30,536 kes pada 2022.

Bagaimanapun, katanya jenayah siber meningkat 44.3% kepada 577 daripada 400 kes dalam tempoh sama.

“Kesalahan tipu merekodkan bilangan tertinggi iaitu 27,247 kes (89.2%) diikuti pecah amanah (911 kes; 3.0%), dan kesalahan bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (832 kes; 2.7%),” katanya.

Ketua Perangkawan itu turut berkata bagi kes berkaitan dadah meliputi membekal, memiliki dan positif ujian urin menunjukkan peningkatan sebanyak 30.6% kepada 141,289 kes pada 2022.

“Kesalahan membekal meningkat sebanyak 18%, memiliki dadah meningkat sebanyak 35.1% dan positif ujian urin meningkat 31.2% berbanding 2021. Bilangan tangkapan berkaitan kes dadah meningkat 26.3% 163,697 tangkapan pada 2022,” katanya

PALING POPULAR

To Top