Umum

18 stesen minyak kehabisan stok diesel di Johor

Gambar Hiasan

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo telah mengenal pasti 18 stesen minyak yang kehabisan diesel di Johor, membabitkan 11 stesen di Batu Pahat, Johor Bahru (empat), Kota Tinggi (dua) dan Segamat (satu).

Tetapi katanya, penambahan bekalan giat dilakukan pihaknya dengan memantau syarikat minyak terbabit.

“Hanya sebilangan kecil stesen minyak didapati kekurangan stok diesel dan ditambah bekalan (diesel) mereka bermula semalam hingga hari ini.

“Kebanyakan stesen minyak tiada masalah bekalan diesel dan tiada masalah menampung permintaan bekalan diesel,” katanya menurut Harian Metro.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, beberapa stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan diesel akan menerima stok dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Terdahulu, Petronas Dagangan Berhad mengakui beberapa stesen syarikat itu di seluruh negara kehabisan bekalan diesel yang dijangka berterusan hingga 31 Disember ini.

PALING POPULAR

To Top