Umum

2 anggota disyaki terlibat kes rogol dan samun, Polis mohon lanjutan reman

Gambar Hiasan

Polis akan memohon lanjutan reman ke atas dua anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun penuntut kolej swasta di Ampang, Selangor pada 9 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tindakan sambung reman itu diperlukan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, tahanan reman ke atas kedua-dua suspek selama tujuh hari sebelum ini akan berakhir Rabu.

Terdahulu, Sinar Harian telah melaporkan dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel ditahan kerja selepas disyaki melakukan jenayah samun dan merogol penuntut kolej swasta dalam satu kejadian di Bukit Ampang View, Selangor.

Pihak polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing.

Kedua-dua pelajar kolej swasta tersebut dipercayai menjadi mangsa anggota polis terlibat dalam kejadian jam 10.09 malam

 

 

PALING POPULAR

To Top