Umum

2 maut keracunan makanan dari program sekolah

Gambar Facebook

2 dipercayai maut keracunan makanan selepas makan juadah disediakan pada program anjuran sebuah sekolah di Gombak, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.

Katanya, kes pertama melibatkan remaja lelaki 17 tahun manakala seorang lagi mangsa, kanak-kanak berusia 2 tahun yang juga anak kepada pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

Dalam suatu kenyataan, pada kes pertama, dikatakan mangsa makan makanan dibawa balik ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah pada 8 Jun. Selepas makan, mangsa, ibu dan bapa mangsa mengalami cirit birit.

“Dua hari selepas itu kira-kira 1.30 tengah hari, mangsa tidak sedarkan diri dan bapa mangsa telah menghubungi ambulans untuk bantuan, namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, bagi kes kedua pula, bapa mangsa memberi makanan yang dibawa pulang selepas selesai program di sekolah berkenaan.

“Pada 10 Jun kira-kira 10.45 pagi, ibunya mendapati mangsa demam, muntah-muntah dan cirit-birit dan membawa bayinya ke Hospital Selayang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.

Ariffin berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

 

PALING POPULAR

To Top