Umum

Subsidi diesel, kerajaan pertimbang tambah jenis pengangkutan, kuota SKDS

Gambar Hiasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meniliti permohonan menambah jenis pengangkutan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menurut Menterinya Armizan Mohd Ali, KPDN juga akan mempertimbangkan cadangan meningkatkan kuota asas diesel sedia ada di bawah program itu bagi pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres susualan beberapa pihak yang telah mengemukakan permohonan sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada Isnin lalu.

“KPDN sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel dianggotai KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan kastam.

“Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan.

PALING POPULAR

To Top