Umum

2 pengujung cedera terjatuh permainan di Fun Fair

Gambar JBPM

Tular di media sosial beberapa video dan gambar suatu kejadian kemalangan yang melibatkan satu permainan di sebuah pesta ria.

Dua pengunjung cedera dipercayai terjatuh daripada permainan “sotong ride” ketika ia sedang bergerak di sebuah pesta ria (Fun Fair) dekat Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu Rabu malam.

Menurut Sinar Harian Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah dilaporkan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi seorang lelaki dan wanita cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 8.58 malam.

Menurutnya, seorang mangsa berusia 29 tahun yang cedera di bahagian kepala diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 9.40 malam tadi.

 

PALING POPULAR

To Top