Umum

2 rangka manusia ditemui atas bumbung bangunan

Seorang wanita menemui 2 rangka yang dipercayai manusia di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan daripada wanita tersebut pada pagi hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti, sehelai bendera Perak, beberapa potongan pita pelekat berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak,” katanya.

Turut ditemukan tersebut ialah cebisan baju kotor kemeja berwarna putih, sarung bantal berwarna biru, bungkusan plastik berwarna merah berisi yang disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Menurutnya, rangka itu dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

PALING POPULAR

To Top