Umum

Sebuah kereta Tesla terbakar secara tiba-tiba

Gambar Awani

Sebuah kejadian kebakaran kereta dilaporkan pada hari Isnin malam di Puchong, Selangor.

Ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang diletakkan di tepi jalan terbakar secara tiba-tiba.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 8 malam.

Seramai 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati kereta sudah terbakar sebanhak 70 peratus serta tidak melibatkan mangsa.

Difahamkan kereta tersebut diletakkan seketika di situ sebelum pemiliknya pergi makan.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

 

 

Sumber Awani

PALING POPULAR

To Top