Umum

22 sekolah di Terengganu ditutup

Gambar Facebook

Susulan dilanda banjir, sebanyak 22 sekolah di 4 daerah di Terengganu ditutup sementara dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada hari Selasa.

Menurit Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) (Sektor Pengurusan Sekolah) Terengganu, Azman Othman @ Abdullah, jumlah itu termasuk 13 sekolah yang dinaiki air manakala 9 lagi dijadikan PPS.

Dalam satu kenyataan, beliau mendedahkan 10 sekolah yang dinaiki banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong, SK Bukit Bayas, SK Kampung Bukit Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik.

“Selain itu, SK Bukit Puteri di Besut, SMK Padang Kemunting (Kuala Nerus) dan SMK Intan Zaharah (Dungun) juga dinaiki air,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Azman berkata, 4 sekolah yang dijadikan PPS di bandar raya ini pula ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

Menurutnya, empat sekolah di Kuala Nerus pula dijadikan PPS iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal, manakala di Marang hanya melibatkan SK Bukit Gasing.

JPNT mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir supaya mengambil cuti bencana.

 

PALING POPULAR

To Top