Umum

Video kencing tiang parking, Polis tahan lelaki warga Australia

Lelaki yang tular di media sosial berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya ditahan polis pada hari Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, suspek yang merupakan warga Australia berumur 32 tahun itu itu ditahan anggota polis kira-kira jam 11.15 pagi.

Katanya, “siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek datang ke Malaysia untuk melawat keluarganya di sini.”

Beliau turut mendedahkan semakan yang dijalankan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah dan kini ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video oleh seorang wanita yang melihat tindakan lelaki berkenaan tanpa segan silu membuang air kecil pada tiang dalam parkir di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.

 

PALING POPULAR

To Top