Umum

Budak keluar kepala di “Sunroof” sambil kenderaan bergerak, polis kesan pemilik kenderaan

Gambar Facebook

Polis mengesan pemilik kenderaan yang cuai membiarkan seorang kanak-kanak keluarkan kepalanya melalui ‘sunroof’ kenderaan yang sedang bergerak.

Tular di media sosial sebuah video berdurasi sekitar 1 minit yang memperlihatkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya ketika kenderaan itu sednag bergerak.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohami Ishak, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 November lalu sekitar jam 9.30 malam, di kawasan sekitar Seri Alam, Johor Bahru.

“Pemandu kenderaan tersebut bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak itu dengan membiarkannya mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ kenderaan tersebut.

“Pihak polis telah mengesan pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri dan orang lain.

 

PALING POPULAR

To Top