Umum

290 warga India dipenjara di Malaysia atas pelbagai kesalahan

Seramai 7,925 warganegara India ditahan di penjara asing atas pelbagai kesalahan dan 290 daripadanya di Malaysia.

Angka terbabit direkodkan setakat 15 Januari lepas, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) ketika menjawab soalan yang dibangkitkan di parlimen pada Khamis.

Lebih separuh daripada banduan dipenjarakan di rantau negara-negara Teluk Arab, di mana kira-kira 8.5 juta pekerja India berada.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) merekodkan 1,663 banduan India, diikuti 1,363 di Arab Saudi, 466 di Qatar dan 460 di Kuwait.

Sementara itu, 1,039 rakyat India berada dalam tahanan di Nepal, 628 di Pakistan, 194 di China dan 76 di Singapura.

MEA turut memaklumkan dewan perwakilan bahawa setakat 31 Januari lepas, seramai 4,355 pemastautin India telah kehilangan nyawa di luar negara ketika pandemik COVID-19 melanda.

Jumlah warga India meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia merekodkan angka 186 orang.

Arab Saudi mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,237, diikuti UAE sebanyak 894 korban, 668 di Kuwait, 555 di Oman dan 203 di Bahrain.

— BERNAMA

PALING POPULAR

To Top