Umum

3 lelaki menyamar polis ditahan

Gambar Hiasan

3 lelaki berusia 24 hingga 31 yang telah menyamar sebagai anggota polis berjaya ditahan dalam serbuan di hadapan aebuah rumah di Kamlung Jawa, Pulau Pinang pada hari Isnin.

Menurut laporan media, suspek yang kesemuanya warga tempatan, dipercayai menyamar polis bagi melakukan aktiviti pemerasan.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya memaklumkan dalam kenyataan bahawa suspek dipercayai ditahan ketika melakukan pemerasan di rumah berkenaan.

Berhubung kejadian, polis telah menerima aduan melibatkan tiga lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis melakukan pemerasan di rumah itu.

Sejurus itu, sepasukan polis terus ke lokasi kejadian sebelum menahan mereka.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk menyemak sama ada mereka pernah terlibat dalam jenayah sama sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semakan rekod lampau mendapati dua daripada tiga suspek masing-masing memiliki empat rekod jenayah dan satu kes narkotik.

Kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 dan 170 Kanun Keseksaan.

PALING POPULAR

To Top