Umum

4 wanita warga asing ditahan sempena Op Noda

Foto Kredit Metro / Ihsan Polis

Dalam satu serbuan Op Noda, polis menahan 4 orang wanita warga asing yang dipercayai pelacur di sebuah premis di Jalan Bundusan, Sabah.

Dalam serbuan awal pagi itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan yang disyaki pelanggan.

Dalam serbuan yang dilaksanakan oleh Cawangan D7, Unit Pencegahan Judi/Maksiat dan Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, 4 bilik di premis berkenaan diperiksa.

Daripada 4 bilik yang diperiksa, dalam 2 bilik daripadanya didapati dua wanita warga asing bersama pelanggan disyaki sedang melakukan aktiviti pelacuran.

Berikutan itu, 4 wanita warga asing berusia 20 hingga 30 tahun ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti pelacuran bersama dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 30 tahun.

Ketika serbuan, polis turut merampas kondom, pelincir, telefon dan wang tunai. Tangkapan dan barang rampasan kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

Sumber Metro

PALING POPULAR

To Top