Umum

3 penjawat awam direman disyaki lantik syarikat milik isteri, adik bekal alatan sukan

3 penjawat awam telah direman 5 hari selepas disyaki menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik syarikat milik ahli keluarga bagi kerja pembekalan alatan sukan bernilai anggaran RM80,000.

Menurut laporan media, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata siasatan mendapati 2 syarikat dilantik masing-masing dimiliki isteri, dan adik melibatkan penjawat awam berkenaan.

Kesemua suspek ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan selepas memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021,” katanya.

Perintah reman semua suspek berusia lingkungan 40an adalah sehingga 28 Januari selepas mendapat kebenaran Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad di Mahkamah Majistret Labuan, pagi tadi.

Sehubungan itu, Pengarah SPRM Labuan Datu Robbyie Shym Datu Pindatun mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009

PALING POPULAR

To Top