Umum

30,000 bakal muflis jika OPR naik lagi tahun ini

Jumlah individu bankrap boleh mencecah lebih 30,000 kes tahun ini kerana semakin ramai peminjam tidak mampu membayar ansuran bulanan jika Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sehingga 3.25 peratus bulan ini.

Jumlah itu berdasarkan kepada jangkaan pertambahan sebanyak 10,000 lagi kes individu muflis pada tahun ini selepas 20,258 kes dicatatkan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 antara 2020 hingga November 2022.

Peningkatan kes bankrap boleh berlaku jika 1,000 rak­yat muflis setiap bulan se­perti yang berlaku pada 2018 dan 2019 ketika kadar OPR dinaikkan kepada 3.00 dan 3.25 peratus.

Langkah itu menyaksikan lebih 1,000 kes bankrap dicatatkan hampir setiap bulan, menjadikan sebanyak 16,482 kes pada 2018 dan 12,051 kes pada 2019 seperti dilaporkan Jabatan Insolvensi.

Situasi ketika ini diburukkan lagi dengan harga barang naik 10 peratus berdasarkan unjuran kadar inflasi yang diramal mencecah enam hingga tujuh peratus tahun ini.

Ia dijangka menyumbang kepada peningkatan kes bankrap dalam kalangan belia setelah individu berusia 35 hingga 44 tahun mencatatkan kes bankrap tertinggi sejak 2018 dengan 18,296 kes (37.50 peratus) diikuti kategori umur 45 hingga 54 tahun dengan 12,656 kes (25.94 peratus) dan kategori umur 25 hingga 34 tahun de­ngan 10,262 kes (21.03 peratus).

PALING POPULAR

To Top