Umum

Bertudung tapi hampir telanjang, gadis TikTok hilang rasa malu.

Memakai tudung adalah kewajipan bagi semua wanita islam kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat.

Namun, kebelakangan ini apa yang dapat dilihat kebanyakan wanita islam bertudung disebabkan mengikut trend ‘hijabista’.

Bertudung biarlah mengikut syariat bukan adat…

Apa yang boleh kita lihat di TikTok ataupun di mana-mana media sosial yang lain. Bertudung tetapi berbaju dan seluar ketat. Skirt terlalu pendek dan kain terbelah.

Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

“Dimanakah rasa hormat mereka terhadap pemakaian tudung?”,

“Adakah bertudung ini disebabkan desakan keluarga sahaja?”, semua ini menjadi satu tanya.

Semoga mereka diberikan hidayah, perbetulkan niat asal dalam pemakaian tudung.

PALING POPULAR

To Top