Umum

5 ditahan polis, bergaduh sehingga menyababkan kematian

Gambar Hiasan

5 lelaki ditahan kerana terbabit pergaduhan berkumpulan sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal warga emas di Sibu pada hari Selasa.

Menurut laporan media, Ketua Polis Sibu, Zulkipli Suhaili, berkata pertembungan antara 2 kumpulan di Lorong Wong King Hou telah bermula dengan kejar-mengejar yang mengakibatkan kenderaan dinaiki satu kumpulan terbabit melanggar sebuah motosikal di Jalan Alan.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat dari orang awam sekitar jam 6.45pm, polis bertindak untuk terus ke lokasi kejadian.

Apabila sampai ke lokasi kejadian, polis telah mendapati dua kumpulan lelaki sedang bergaduh menggunakan senjata yang kelihatan seperti 2 bilah kwantao, iaitu sejenis senjata tradisional Cina berbentuk seperti tombak.

Polis seterusnya menahan lima lelaki berusia 17 hingga 30 tahun, selain merampas dua kenderaan serta dua bilah senjata digunakan dan sebatang rotan.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada masalah hutang, manakala ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, benzodiazepines dan morfin,” katanya.

Semua suspek direman 3 hari bagi membantu siasatan bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kemalangan serta kematian.

PALING POPULAR

To Top