Umum

Kerjaan muktamadkan penubuhan agensi tunggal kawal sempadan

Gambar Hiasan

Kerajaan akan memuktamadkan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia pintu masuk negara dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersiap sedia sekiranya kementerian dan agensi di bawahnya dipertanggungjawabkan terhadap SBA.

Beliau menyatakan bahawa penubuhannya akan dimuktamadkan dalam mesyuarat bersama jemaah menteri.

“Sebab itu saya menggesa warga KDN khususnya supaya bersiap sedia dan andai kata dalam masa terdekat ini keputusan dibuat, sudah tentu saya akan segera hebah kepada rakan media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan SBA sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

 

PALING POPULAR

To Top