Kecantikan

7 petua kecantikan terbaik yang anda perlu tahu

Gambar hiasan

Tingkatkan cahaya kecantikan semula jadi kulit anda dengan 7 langkah mudah ini.

Petua-petua mudah ini have stood the test of time dan telah terbukti berkesan pada semua jenis kulit. Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini, anda mungkin dapat mengubah cara anda menjaga kulit secara semula jadi. Teruskan membaca jika anda ingin tahu..

1. Cuci makeup setiap hari

Pastikan anda cuci makeup dengan menggunakan makeup remover yang sesuai dengan kulit anda, samada oil-based atau water-based, dua-dua dapat mencuci makeup anda dengan baik. Paling penting, setiap kali anda pakai makeup, anda mesti cuci makeup dengan betul.

2. Double cleanse kulit anda

Ikuti proses dua langkah ini dengan mudah. Anda memerlukan oil-based cleanser, dan kemudiannya harus diikuti dengan water-based cleanser. Oil-based cleanser menanggalkan semua kesan solek dan habuk, manakala water-based cleanser akan menanggalkan kotoran degil yang biasanya tertinggal. Proses double cleansing bukan sahaja menjadikan wajah anda bersih, malah ia juga menghilangkan kemungkinan pori tersumbat serta jerawat.

3. Gunakan sunscreen

Selain melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB matahari yang berbahaya, sunscreen juga merupakan alat anti-penuaan terbaik yang pernah anda gunakan. Ia melindungi kulit anda daripada bintik-bintik gelap, kedutan, pigmentasi, serta kanser kulit. Kami syorkan anda memilih formula bukan komedogenik dan hypoallergenic untuk mengelakkan kulit berjerawat.

4. Lapiskan produk penjagaan kulit anda dengan cara yang betul

Sentiasa mulakan dengan menggunakan produk bertekstur yang lebih cair terlebih dahulu dan biarkan produk paling pekat dan paling berkrim untuk penghujungnya. Ini membantu kulit kerana krim dan minyak membantu menutup semua produk yang anda telah gunakan sebelum ini.

5. Pengambilan air yang mencukupi

Pakar dermatologi mengatakan bahawa dengan memilih minuman yang betul, ia boleh memanfaatkan kulit anda. Minum setengah liter air setiap pagi untuk mencerahkan, mengoksidakan, dan menghidratkan kulit anda. Satu lagi cara untuk menjadikan kulit anda lebih baik adalah dengan meminum segelas green juice segar yang kaya dengan sayur-sayuran setiap hari untuk sarapan pagi.

6. Amalkan pemakanan yang sihat

Kesan dan faedah mengikuti semua petua ini tidak akan lengkap jika tidak digabungkan dengan diet yang sihat. Untuk mendapatkan kulit dan rambut yang sihat, diet anda hendaklah sentiasa kaya dengan nutrisi – Ia mestilah campuran buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, bijirin dan kacang-kacangan yang berkhasiat. Tingkatkan pengambilan makanan mentah atau rebus dan masukkan sebanyak mungkin buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan anda dengan memilih untuk mengambil salad, smoothie dan jus. Anda bukan sahaja akan berasa lebih aktif dan ringan, tetapi anda juga akan mempunyai pandangan hidup yang hebat.

7. Kerap bersenam

Apabila anda bersenam, paras oksigen badan anda meningkat. Ini bermanfaat untuk kulit anda kerana ia membantu meningkatkan keanjalan keseluruhannya. Selain itu, aliran oksigen yang meningkat membantu membuang toksin dan kekotoran yang boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat. Iaitu, oksigen dan nutrien adalah penting untuk sel kulit yang sihat, jadi dengan meningkatkan jumlah oksigen yang badan anda perolehi, anda pada asasnya memberi kulit anda rangsangan kesihatan yang besar.

Selamat mencuba!

PALING POPULAR

To Top