Umum

Kapal TLDM KD Pendekar alami kebocoran

Gambar TLDM

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjoran besar ketika melakukan penugasan operasi sekitar perairan Johor.

Menurut kenyataan oleh TLDM, insiden pada jam 12 tengah hari di posisi 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop dipercayai berpunca kapal terlanggar objek bawah air.

TLDM berkata kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera merebak dengan cepat dan tidak terkawal.

Semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya, katanya.

Tentera laut berterima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis, dan komuniti maritim yang berada di persekitaran atas tindakan pantas memberi bantuan.

Dalam pada itu, tentera laut memaklumkan fokus sekarang adalah melaksanakan operasi salvaj dan menyelamatkan kapal.

Suatu lembaga siasatan khas akan ditubuhkan dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian, tambahnya.

Tentera laut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini.

Sila rujuk sumber rasmi tentera laut untuk perkembangan terkini dan maklumat sebenar.

 

 

PALING POPULAR

To Top