Umum

Permohonan moratorium enam bulan dibuka pada 7 Julai

Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Mengenai pemberian moratorium, Muhyiddin berkata, permohonan baharu tidak mengenakan syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan tentang kehilangan pekerjaan, dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in), yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Inisiatif tersebut, jelasnya lagi, merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga.

“Lebih 1 juta rakyat dijangka memperoleh manfaat daripada pelanjutan ini. Jumlah keseluruhan nilai premium dan sumbangan yang ditangguhkan dianggarkan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.

Selain itu Perdana Menteri berkata, inisiatif moratorium itu diharap sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar iniM

Bagaimanapun beliau berpesan, bagaimanapun, tawaran itu perlu digunakan dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, tidak perlu dibuat tambahan komitmen kewangan lain.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top