Umum

70.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

JUMLAH suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 9 September ialah 320,452 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, daripada jumlah itu 128,038 adalah penerima dos pertama.

Manakala 192,414 adalah penerima dos kedua.

Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 37,392,241 dos.

Secara keseluruhannya, 89.5 peratus atau kira-kira 20.9 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 70.5 peratus penduduk, atau 16.49 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

PALING POPULAR

To Top