Umum

Mahkamah Rayuan Malaysia mengekalkan sabitan bersalah kepada bekas PM Najib Razak

Mahkamah Rayuan mendapati Datuk Seri Najib Razak diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai PM ketika itu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa dalam pembelaan, tindakannya adalah bagi kepentingan nasional.

“Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara (Nationali embarrassment),” kata Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Abdul Karim berkata, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa wang yang dipindahkan dalam akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan perayu mengetahui mengenai kemasukan wang daripada dana SRC yang masuk dalam akaunnya.

“Kami bersetuju dengan dapatan hakim mahkamah tinggi bahawa tuduhan pengubahan haram berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

“Kami mendapati bahawa mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah melampaui keraguan munasabah.

“Kami mendapati sabitan mahkamah tinggi terhadap semua tuduhan pengubahan wang haram terhadap perayu juga adalah selamat,” katanya.

PALING POPULAR

To Top