Umum

Sejumlah besar bank dijangka akan ‘tumbang’

Krisis perbankan yang dicetuskan oleh keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) masih belum berakhir dan sejumlah besar bank akan gagal dalam masa dua tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dana lindung nilai Man Group, Luke Ellis, dalam satu persidangan Bloomberg di sini, hari ini.

Ditanya sama ada krisis dalam sektor itu sudah berakhir, Ellis memberitahu delegasi pada acara itu bahawa beliau tidak merasakan sedemikian.

Ketidaktentuan pasaran mendesak langkah menyelamat kecemasan bank Switzerland, Credit Suisse oleh pesaingnya, UBS pada hujung minggu lalu.

Langkah itu membawa sedikit kelegaan kepada pasaran.

“Saya merasakan bahawa kita akan menyaksikan lebih banyak bank yang tidak akan wujud lagi dalam masa 12 hingga 24 bulan akan datang,” katanya, sambil menambah bahawa bank serantau dan lebih kecil di Amerika Sarikat (AS) serta bank pencabar di Britain akan terdedah kepada risiko berkenaan.

Ellis berkata, teknologi seperti media sosial meningkatkan lagi tahap kebimbangan mengenai keupayaan bank-bank.

“Perkara berlaku dengan lebih pantas. Sama ada itu adalah krisis atau satu berita baik,” katanya.

Beberapa dana lindung nilai menjana keuntungan daripada ketidaktentuan dalam sektor perbankan beberapa hari kebelakangan ini dengan mempertaruhkan sektor selain baik.

Ellis bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai pegangan dalam bank-bank serantau di AS.

-Reuters

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top