Umum

Ahli parlimen alih sokongan, Bersatu adakan Mesyuarat MPT Ahad ini

Gambar Mas Ermieyati

Bersatu akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ahad ini, selepas Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi dari parti itu bertindak mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dilaporkan FMT, Naib Ketua Wanitanya Mas Ermieyati Samsudin yang juga ahli MPT mengesahkan perkara itu, namun menjelaskan tiada agenda khusus diberitahu oleh ibu pejabat parti.

Bagaimanapum, difahamkan ia berkaitan tindakan Zulkafperi yang juga ketua Bersatu Tanjong Karang mengikut jejak lima Ahli Parlimen Bersatu menyokong Anwar.

“MPT akan bermesyuarat dan perjumpaan itu diatur Ahad ini, kita tak tahu lagi perkara nak dibincangkan,” katanya dilaporkan FMT.

Mas Ermieyati turut menolak dakwaan Syed Hussin bahawa akan ada lagi Ahli Parlimen Bersatu menyokong Anwar.

“Ahli Parlimen PN Melaka dari PAS dan Bersatu setakat ini masih kekal setia, saya sendiri kekal walaupun cuba dipujuk pihak tertentu,” katanya.

Beliau mendakwa beberapa Ahli Parlimen Bersatu turut didekati individu terbabit berdasarkan nombor telefon digunakannya.

PALING POPULAR

To Top