Umum

Ahli Parlimen Labuan menerima peruntukan untuk kawasannya

Gambar FB Suhaili

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman memaklumkan beliau sudah menerima peruntukan bagi kawasannya selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 30 Oktober lalu.

Menurut laporan FMT, Suhaili berkata, peruntukan diterima itu secara pro rata namun enggan mendedahkan jumlahnya.
“(Peruntukan) dia bagi ikut kelayakan, bagi ‘prorate’…yang penting saya dapat, takkan saya nak bohong kan,” katanya kepada FMT.
Beliau turut mendakwa berada di Pejabat Perdana Menteri untuk menguruskan kaedah perbelanjaan wakil rakyat yang sebelum ini terhad kepada penyokong kerajaan.

Sehubungan itu, Suhaili turut memaklumkan menerusi hantaran di laman Facebooknya bahawa beliau telah ke aya ke pejabat ICU Wilayah menguruskan soal Peruntukan Ahli Parlimen yang akan di salurkan ke akaun PUSAT KHIDMAT RAKYAT – AHLI PARLIMEN LABUAN dalam tempoh terdekat.

“Saya juga sempat berbincang dengan Tuan Pengarah ICU untuk menambah bilangan GERAI PERAMBA di kampung Patau Patau 2 dari 4 hingga 20 gerai kesemuanya dengan menaik taraf jalan masuk dan menyedia kan tempat letak kereta untuk keselesaan pengunjung dan pelanggan pelanggan yang datang ke Gerai Peramba,” tulisnya.

Sementara itu, ekoran pengisytiharan sokong kepada Perdana Menteri, Suhaili telah digantung keahlian dan kesemua jawatan partinya.
Berhubung penggantungan oleh partinya, beliau berkata tidak akan merayu keputusan tersebut dan menerima denagn hati yang terbuka kerana ia sememangnya sudah diduga.

Tambahnya, sebab keputusan menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri adalah demi kebajikan rakyat Labuan yang telah mengundi beliau pada PRU 15 yang lalu .

PALING POPULAR

To Top