Umum

Seorang lelaki kecederaan selepas tangan tersepit mesin proses ayam

Gambar JBPM

Seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun cedera di bahagian tangan kirinya setelah tersepit dalam mesin memproses ayam di Pasar Jelapang Kampung Baru, di Ipoh pada hari Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.31 pagi.

Menurutnya, setibanya jentera bersama anggota di tempat kejadian mendapati seorang lelaki telah tersepit tangan pada mesin berkenaan.

“Ketua operasi mengarahkan anggota menggunakan peralatan khas power saw dan hydraulic cutter bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, setelah tangan mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diberikan rawatan susulan.

Seterusnya mangsa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian tangan dihantar dengan menaiki ambulans ke KKM.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.12 tengah hari,” katanya.

 

PALING POPULAR

To Top